Aku Insan Biasa

Ahad, 28 April 2013

Hati Ini sering Di sakiti

HATI INI SERING DI SAKITI


Entah kenapa hati aku ni sering di sakit dan sering di lukai. Rasanya luka yang sebelum ni pun tak sembuh lagi tapi dia tetap menambahkan luka dekat hati aku.

Menangis? dah puas rasanya aku menangis.



Entah la.. aku pun tak tau sampai bila harus macam ni. Mungkin ini adalah ujian yang harus aku tempuhi. Aku pun nak hidup gembira dan bahagia macam orang lain.

Kenapa dia tak pernah menjaga hati dan perasaan aku, kenapa hanya aku yang menjaga perasaan dia yang memahami dia?



Khamis, 28 Mac 2013

Selamat Ulang Tahun Anakku


Selamat Ulang tahun buat putera ibu. Sebenarnya Birthday anak ibu 16 Mac. Tapi hari ni baru ibu berkesempatan untuk buka blog ni.

Syukur alhamdulillah sekarang anak ibu dah genap 1 tahun 13 hari. Ibu dengan ayah doakan semoga anak ibu sihat selalu, mejadi anak yang hormat pada orang tua, menjadi seorang yang bijak pandai, mendengar kata ayah dan ibu. Ibu sangat bertuah kerana ALLAH telah mengurniakan ibu seorang anak yang cukup sifat dan comel.

Dengan keletah mu sentiasa membuat ayah dan ibu tersenyum. Gelak tawa mu menyenangkan hati ayah dan ibu. Sakit mu ibu turut terasa. Bila anak ibu demam hati ibu tidak senang dan ibu sanggup tidak tidur malam untuk menjaga mu.


 
Iman teruja potong kek birthday dia.
 
 
 
Seminggu sebelum birthday boy tapi iman dah potong kek
(kek tu dah rosak sikit sebab iman geram nak terkam)     
 
 
 
Kek Birthday iman yang masih sempurna
 
 
 Kek dah hancur sikit
 
 
Yeeaayy... Hadiah birthday acik Yan yang bagi
Ayah dan Ibu sayang sangat dekat Muhammad Amirul Iman.. Kau lah permata hati kami dunia dan akhirat dan kau juga lah nyawa ibu.
 
 
 
Opss!! Mana hadiah dari ayah dan ibu?? Ibu dengan ayah ada belikan hadiah tapi tak sempat nak upload gambar. Nenek Nah, Atok Jo ngan Ucu pun ada bg Hadiah. Tapi gambar tak sempat nak masukkan kat dalam komputer.
 
Walau apa pun thanks la dekat Atok Ros sekeluarga, Maklong ngan Pak Long, Ucu, Nenek & Atok sebab bagi hadiah birthday untuk Iman.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 14 Mac 2013

Disaat Ibu Melahirkan Muhammad Amirul Iman (Episod 2)

Assalamualaikum..

Hari ni ibu akan luangkan sikit masa untuk sambung cerita saat-saat ibu nak lahirkan anak ibu ni ya.
Episod kali ni ibu akan cerita kan saat-saat genting ibu bergadai nyawa nak melahirkan putera sulung ibu ni. ok lah.. Ibu tak nak celoteh panjang-panjang. Tak nak membuang masa.

Iman Anakku

16 mac 2012, Jam 6 pagi kakak Nurse dah kejut kan ibu. Masa tu ibu baru je nak lelapkan mata, ye la malam tu kan ibu dah tak boleh nak tidur menahan sakit construction. Kakak Nurse suruh ibu mandi dan sarapan sebab dia cakap lepas tu nak masukkan ubat Induce. masa tu ibu dah redha kalau nak Induce, ibu serah diri aja, sebab ibu dah tak tahan menanggung kesakitan dari malam.

Bila ibu dah mandi dan makan roti yang ayah belikan, kakak nurse panggil ibu masuk ke dalam Labour Room. Dekat dalam tu kakak nurse pasang satu alat ni untuk dengar degupan jantung anak ibu. Ibu dengar jantung anak ibu ni laju sangat. Tapi apa yang membuatkan kakak nurse ni jadi tanda tanya adalah kenapa anak ibu langsung tak ada gerak-gerak. perut ibu keras je. Kakak-kakak nurse ni semua cuba goyang-goyang kan perut ibu, dia orang cakap nak kejut kan anak ibu bangun dari tido. Alhamdulillah tak lama lepas tu baru la anak ibu bergerak tu pun sekejap-sekejap aja. Ibu bagi tahu dekat dia orang yang perut ibu dah start sakit dari malam.

Bila dia orang dah tau yang ibu dah mula rasa sakit dari malam, dia orang suruh ibu balik ke tempat ibu balik, kakak nurse cakap ibu kena tunggu Doktor Pakar dulu, samaada nak kene masuk ubat atau tak perlu masuk ubat. Alahai.. tak jadi nak masuk ubat pulak. Pagi tu Nenek Nah telefon ibu tanya keadaan ibu, Bila ibu dengar aja suara Nenek Nah ibu terus nangis sebab ibu dah tak tahan nak menanggung sakit. Nenek Nah pun menangis jugak bila dengar ibu nangis.

Dalam jam 8.20 pagi,ibu nampak ayah dekat luar Hospital, ayah tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat, bila ibu nampak ayah terus ibu keluar jumpa ayah.

Iman Anakku

Anak ibu nak tahu tak? Bila ibu dah sampai luar, ibu terus peluk ayah dan nangis kat dada ayah, hehehehe... masa tu ibu dah tak kesah kalau ada orang yang pandang, ibu bagitahu dekat ayah yang perut dan pinggang ibu sakit sangat, ibu tak boleh nak tahan. Ayah pegang perut ibu ayah suruh ibu bersabar, ayah cakap memang lah sakit tapi ayah tak tahu nak buat macam mana. lepas ayah cakap macam tu hati ibu tenang dan lapang sikit. ibu suruh ayah balik dulu sebab kesian dekat ayah tunggu ibu dekat luar. sebelum balik ayah bagi tahu ibu tengah hari ayah tak dapat datang tengok ibu sebab ayah nak sembahyang jumaat.

Iman Anakku

Jam 12 tengah hari Nenek Nah dengan bibik Bella datang temankan ibu, nenek bawa kan ibu nasi dengan lauk kari ayam. Kesian nenek kelaparan belum makan lagi dekat rumah. Sambil nenek makan nenek suapkan ibu, dan nenek usap-usap perut ibu, nenek cakap dekat anak ibu keluar lah cepat, mesti anak ibu dengar suara nenek kan?

Tengah ibu borak-borak dengan nenek Doktor pakar pun datang ke katil ibu, masa tu kakak nurse ada bagi tahu sesuatu dekat Doktor. Terus doktor yang ala-ala orang pakistan tu suruh ibu masuk dalam Labour Room doktor cakap nak cek.

Iman Anakku

Dekat dalam Labour Room ibu menanti kedatangan Doktor dekat setengah jam. kesian nenek tunggu ibu dekat luar. Bila doktor pakar sampai dia terus nak cek bukaan ibu, masa t u yang datang 2 orang doktor pakar dan 2 orang doktor biasa, kakak nurse ibu tak ingat pulak berapa ramai. Hehehehe.. lepas doktor pakar cek bukaan terus dia cakap dekat kawan-kawan beliau, ibu tak dengar dia cakap apa. Terus doktor pakar tu bagi tau ibu yang dia nak pecah kan air ketuban dia nak ibu bersalin petang tu jugak. Cuak ibu bila doktor kata nak suruh ibu bersalin. Dah lah ayah tak ada sebab tengah sembahyang jumaat, ibu nak bagi tau dekat ayah pun tak boleh sebab telefon ibu tinggalkan dekat katil. Adik-adik nurse pelatih yang baik hati nak ambil kan telefon ibu tapi ibu takut nanti kena marah dengan doktor.

Bila air ketuban ibu dah dipecahkan ibu terasa macam ibu terkencing pulak sebab air tu kuar dengan laju. Tangan ibu pulak doktor cucuk, sakit sangat, doktor kata nak masukkan ubat biar bukaan cepat terbuka. Ubat tu setitik demi setitik masuk dalam badan ibu. Mula-mula ibu tak rasa sakit, tapi selang setengah jam ibu dah mula rasa construction tapi tak la kuat sangat cuma macam sakite senggugut je, ibu masih boleh borak-borak dengan adik-adik nurse.

Iman Anakku

Makin lama construction  ibu makin kuat, bila ibu rasa sakit yang sangat-sangat ibu pegang tangan adik-adik nurse yg temankan ibu sambil ibu cakapdekat dia orang ibu sakit. Tuhan saja yang tahu sakit nya macam mana, ibu rasa macam nak meneran tapi adik-adik nurse tak bagi sebab katanya bukaan ibu baru 5cm. Ya allah lama lagi rupa nya nak buka sepenuhnya. Ibu teringat dekat ayah, mesti ayah tak tahu yang masa tu ibu tengah bertarung nyawa.

Kali ni ibu betul-betul dah tak tahan sangat, ibu baca doa semoga di permudahkan untuk ibu keluarkan anak ibu, agak nya kakak nurse tak sampai hati tengok ibu tahan sakit dan tak sampai hati dengar ibu asyik cakap sakiiiiitttt... Kakak nurse datang dia enjit ibu dia cakap ni ubat tahan sakit, tak sampai 15minit ibu dah mula nak terlelap, tapi baru aja mata ibu nak terlelap perut ibu mula sakit lagi. "Ya Allah, agaknya macam ni la Nenek Nah dulu nak bersalinkan ibu"

Tangan adik nurse ibu pegang kuat-kuat, ibu cakap yang ibu dah tak tahan sangat sekarang ni. Adik nurse pegang perut ibu dia cakap construction ibu dah makin kerap. Adik nurse panggil kakak nurse.

Bila kakak nurse masuk terus tengok bukaan ibu dan suruh ibu teran bila ada construction. Kakak Nurse ajar ibu macam mana nak meneran. Masa tu dekat dalam bilik memang dah ramai pasukan sorakkan yang disertai oleh doktor-doktor pakar,kakak nurse dan adik nurse, mereka semua bagi semangat untuk ibu. Tapi ibu tak berjaya nak keluarkan anak ibu. Ibu mula putus asa. Nasib baik pasukan sorakkan bagi kekuatan dan semangat dekat ibu. Doktor pulak ajar ibu baca doa.

Ibu cuba dan terus mencuba meneran untuk keluarkan anak ibu, Ibu tengok jam dah dekat pukul 7 malam. Dengan lafaz bismillah ibu tarik nafas panjang-panjang dan ibu terus meneran, akhirnya tepat jam 7.17 malam, lahirlah zuriat ayah dan ibu yang sangat comel seberat 3.3kg. mulut ibu tak sudah-sudah melafazkan syukur pada yang maha esa. Anak ibu akhirnya keluar melihat dunia, anak ibu memang baby boy yang sangat baik sebab keluar aja dari rahim ibu nangis cuma sekejap aja. Mata pulak dah mula pandang ke sana sini.

Lepas semua selesa, ibu tak dapat nak buka mata sebab ibu terlalu letih dan mengantuk mungkin sebab kesan ubat tahan sakit yang masuk dalam badan ibu. Adik Nurse kejutkan ibu, dia bawakkan anak ibu. Ibu mula susukan anak ibu. Mulut kecik anak ibu mencari-cari susu.

Ibu dengan anak ibu kakak nurse bawak pergi masuk wad, bila ibu dah ada dekat wad ayah masuk dengan muka yang sangat-sangat gembira, ibu dapat rasakan yang ayah terlalu gembira masa tu. Nenek Nah, atok Jo, atok Ros, nenek Siti, Paman Irfan, paman E'a, Bibik Bella dengan uncle amir tengok anak ibu dekat luar je melalui tingkap sebab masa tu dah malam nenek guard tak bagi masuk yang boleh masuk cume ayah aja. Ayah azan kan kat telinga anak ibu. Sebelum ayah balik ayah sempat hadiahkan satu ciuman dekat dahi ibu tanda berterima kasih dekat ibu kerana ibu dah beri ayah zuriat. tak lama lepas tu atol Elmey dengan nenek Ida pulak datang tengok anak ibu, atok dengan nenek suka sangat tengok anak ibu yang mata dah celik tu.

Anak ibu di beri nama Muhammad Amirul Iman Bin Mohd Fahmi yang bermakna (pemimpin yang terpuji dan beriman)

Ni lah gambar anak ibu masa baby..

Gambar ni atok Rosman yang ambil dekat luar melalui tingkap sebab atok tak boleh nak masuk dah malam
 
 
Hari pertama selepas iman dilahirkan... "Wah nyenyaknya dia tidur"
 
masa ni masih dekat Hospital lagi
waaa...ibu...iman nak cucu...
 
Iman di hari yang ke-2 melihat dunia. Dah dekat rumah nenek Nah.
 (Gambar ni ayah yang ambik)
 
Majlis akikah dan cukur jambul
 


 
Iman Baru pandai meniarap
 
 
Baru 5 bulan dah naik walker. (bolat kan mata iman)
 
 
Amboiii.. suka nye dia sampai meleleh air liur
(Iman test kopiah nak buat raya.. dah macam imam muda je)
 
 
Hensem nya dia pakai baju melayu
(Iman dah bersedia nak pergi beraya)
 
Rambut terpacak ayah yang buat

Okey la. Buat hari ni, setakat ni aja lah ibu celoteh.. Nanti Ibu celoteh lagi di entri yang lain dengan gambar-gambar iman yang makin hot..




Selasa, 12 Mac 2013

Kaulah Segalanya Untukku

Sayang Dengarkanlah


Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

( korus )
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

( korus )
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang




Ibu suka dengar lagu ni. Bagi ibu lagu ni adalah luahan hati ibu untuk ayah.
Ayah adalah segala-galanya untuk ibu. Ayah sentiasa ada disaat ibu dalam kesedihan. Ibu tak sanggup kalau kehilangan ayah.

 
Ibu telah menjadi tunang ayah ~Mohd Fahmi~
 
 
 
Ayah bersedia untuk diijabkabulkan.. berdebar-debar kot ayah masa tu.
 
Alhamdulillah ibu dan ayah dah selamat menjadi suami isteri.

Isnin, 11 Mac 2013

Saat Ibu Melahirkan Muhammad Amirul Iman (Episod 1)



Dah hampir setahun ibu melahirkan anak ibu ni. Izinkan ibu mecatatkan saat-saat ibu melahirkan Putera Ibu ni. Nanti bila anak ibu dah besar boleh la bukak blog ibu dan baca ye sayang.

Iman Anakku.
kalau ikutkan kiraan Doktor anak ibu sepatutnya lahir 12 Mac 2012. Tapi bila dah tiba tarikh tu ibu belum ada tanda-tanda untuk melahirkan anak ibu. Rasa sakit langsung tak ada. Padahal masa tu rumah nenek baru saja lepas buat kenduri Mak Long kahwin. Ibu ingat kan bila ibu dah buat kerja berat-berat cepat sikit anak ibu nak keluar.

Iman Anakku.
13 Mac 2012, Ibu kena pergi Klinik Kesihatan untuk buat checkup ibu dan anak ibu. Masa tu anak ibu aktif sangat, asyik nak menendang ibu saja. Sampai senak perut ibu. Kakak Nurse cek perut ibu dia cakap anak ibu sihat. Ibu jumpa pulak Pak cik Doktor. Bila Pak Cik Doktor cek dia terus suruh ibu pergi Hospital sebab masa tu ibu memang dah ada rasa sakit tapi sikit-sikit je.

Ibu pergi Hospital atok Jo dengan Nenek Nah yang hantar. Bila Ibu sampai je dekat Hospital Ayah dah sedia tunggu Ibu. Masa tu Ayah ada kat umah Kanchong Ibu pulak kat umah nenek Jenjarom.

Sampai saje Hospital terus nurse suruh ibu pergi bilik untuk cek degupan jantung anak ibu. Alhamdulillah semua nya sihat. Doktor pulak ambik gilliran scan perut ibu nak tengok anak ibu tengah buat apa.

Bila semua dah selesai Doktor bagi tau dekat ibu yang air ketuban ibu kurang dan ibu kena masuk wad. Kesian anak ibu, rupanya kurang air dekat dalam perut ibu. tak boleh nak berenang.

Ibu jumpa ayah, atok Jo dengan nenek Nah kat luar. Bagi tahu yang ibu kena bermalam dekat Hospital ni. Kalau bermalam dekat Hotel best la jugak ni kena bermalam dekat Hospital lak.

Petang tu pulak Nenek Idah dengan Acik Yan datang Hospital melawat Ibu. Ibu mintak tolong kat nenek belikan Air Zam-Zam. Tak lama lepas tu Ayah datang. Bagi semangat dekat ibu.

14 Mac 2012, Doktor cek lagi bukaan, Ibu ingat kan dah buka 2 atau 3cm, rupanya masih 1cm lagi. sedih nya. Jeles Ibu tengok kawan-kawan yang lain baru masuk dah bersalin, ibu dekat dalam wad asyik dengar suara baby orang lain nangis je. Mula la ibu berangan bila la anak ibu ni nak lahir.

Setiap hari ayah mesti datang tengok ibu. Nenek Nah dah tentu la datang Hospital sebab nak hantar makanan untuk Ibu.

15 Mac 2012, Ibu dah mula rasa bosan yang sangat-sangat. Selama ibu ada dekat Hospital ayah tak pergi kerja. Ayah cakap takut nanti bila ayah dekat tempat kerja ibu nak bersalin. Ibu mintak kebenaran dekat Doktor pakar, ibu nak balik sebab ibu dah bosan duduk Hospital dan langsung tak sakit nak bersalin. Tapi Doktor tak bagi. Kecewa ibu tak boleh nak balik.

Bukaan masih 1cm, sedih ibu sebab pintu untuk anak ibu kuar belum terbuka besar lagi. Masa tu ibu dah mula minta maaf dekat ayah kalau ibu ada buat salah dan silap. Ayah kata ibu tak ada buat salah apa pun dekat ayah. Kawan-kawan Ofis ibu dah mula tanya ibu dah bersalin ke belum. Anak ibu seronok sangat ke duduk dalam perut ibu ni.

Masa ibu nak solat maghrib, tiba-tiba ibu ada rasa sesuatu. Wah!!.. rupa nya dah ada kuar tanda, makna nya anak ibu dah nak keluar la ni. Ibu sms ayah bagi tahu dekat ayah ibu dah kuar tanda, tp belum ada rasa sakit lg, Ayah pesan dekat ibu baca doa banyak-banyak, kalau ada apa-apa cepat-cepat telefon ayah.

Lepas sejam keluar tanda ibu dah mula rasa sakit, tak senang ibu nak duduk, nak makan pun ibu dah tak selera. Ayah pulak dekat tak boleh nak tido. Sekejap-sekejap sms ibu, tanya ibu ok ke tak, ayah bagi semangat dekat ibu.

Sepanjang malam ibu tak boleh tidur sebab menahan sakit yang sekejap datang sekejap pergi.

Iman Anakku.
Mesti penat baca cerita ibu ni kan.??? Hmm.. kita berhenti dulu dekat sini nanti ibu sambung cerita lagi saat-saat genting ibu nak lahirkan Muhammad Amirul Iman

Masa ni Ibu Ieman tengah sarat sangat, tengah tunggu hari nak melahirkan anak ibu. gambar ni di ambil masa Mak Long nikah
 
 
 
 

Selasa, 30 Oktober 2012

Hingga Hujung Nyawa


Al-Fatihah… Semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat…

Mengapa perpisahan antara aku dengan dia terjadi. Kenapa dia meninggalkan aku disaat aku memerlukannya. Aku terlalu sayang padanya, namun apakan daya untuk aku menghalang dia untuk pergi meninggalkan aku. Mungkin ini adalah suratan takdir yang telah tertulis bahawa dia akan meninggalkan aku bersama kenangan.

Hanya kenangan yang sentiasa aku ingati, kenangan yang amat manis, aku ingin terus hidup bersama-samanya. Namun apa yang aku impikin tidak mungkin akan terjadi.

Ya Allah Ya Tuhanku, beratnya ujian yang kau berikan tehadap hambamu yang lemah ini ya allah. Aku tidak terdaya untuk mengharungi ujian ini bersendirian, sesungguhnya aku adalah insan yang lemah. Hidup seperti tidak bermakna lagi setelah aku kehilangan nya.

Aku masih ingat lagi sewaktu dia masih ada disisiku. Dia sentiasa ada bila aku memerlukannya, disaat aku sedang bersedih dia lah yang setia menemaniku. Gurau sendanya membuat kan aku tersenyum, kasih sayang nya sungguh bermakna. Tapi itu hanyalah sementara waktu.

Tidak kusangka dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sungguh aku kehilangan. Aku kehilangan senyum tawanya,gurau senda dan paling menyakitkan jiwa ini aku kehilangan dirinya. Dimana aku harus mencarinya? Adakah aku akan bertemu dengannya kembali untuk menagih kasih sayang darinya semula.

Mustahil bukan untuk aku bertemu dengan nya? Aku rindu padanya. Aku terlalu rindu, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, rindu kepadanya makin membara. Terlalu sukar untuk aku melupakannya.

Jika dia berada di hadapan ku sekarang, aku ingin mengatakan kepadanya yang aku terlalu sayang padanya,aku rindu kannya, aku ingin dia tahu didalam hati ku ada dirinya walaupun dia telah meninggalkan aku terlalu jauh.

Sayang. Kenapa engkau meninggalkan aku seorang diri terkapai-kapai mengharungi ujian ini, tidak kah kau tahu yang aku tidak boleh kehilangan dirimu. Hancur luluh hati ni bila aku mendapat khabar yang kau telah  pergi meninggalkan ku. Perjalanan mu sungguh jauh sayang.

Sayang, kau pergi membawa bersama kenangan kita bersama, kenangan terindah kita. Tahukah kau yang aku ingin bersama-sama denganmu setiap waktu. Namun harapan ku untuk bersama mu hancur musnah, impian kita untuk hidup bersama tidak kesampaian. Sedih bila aku menggenangkan.

Sayang, aku ingin kau tahu, air mata ini akan terus menggalir tatkala aku menggenangkan dikau. Aku gagal untuk menunaikan janji ku supaya tidak menanggis lagi. Aku gagal sayang. Sungguh kuat cintaku terhadapmu.

Sayang, kini aku telah menemui pengganti dirimu, aku amat menyanyangi dirinya sepertimana aku menyanyangi dirimu. Aku tahu tiada gunanya jika aku menanti ke hadiranmu sayang. Walaupun aku telah mempunyai pengganti dirimu, namun namamu sentiasa bertahta di hatiku. kerana kau insan pertama yang aku sayang.

Sayang, sewaktu aku menaip warkah ini air mata ku menggalir lagi, sungguh mudah air mata ini menggalir. Air mata ini menggalir kerana aku terlalu rindukan dikau. Aku tidak kuat menharunginnya seorang diri. Kepada siapa harus aku meluahkan perasaan ku ini sayang, adakah orang disekelilingku akan memahami perasaan ini sedangkan mereka sendiri tidak merasainya seperti mana yang aku merasai. Apakah aku harus memendamnya di dalam hati merasai sendiri kesedihan ini.

Hampir 5 tahun kau meninggal kan diriku. Tapi aku tidak terdaya melupakan mu sayang. Disaat ini rindu ku terhadap mu terlalu kuat. Makin aku cuba untuk melupakan apa yang telah terjadi semakin kuat rindu ku padamu.

Tidak ku sunggup menatap jasad mu terbujur kaku, longlai hati ku bila melihat dirimu di perbaringan. Memang tidak ku sangka yang engkau akan pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku tahu ini bukan kemahuanmu tapi ini semua takdir dari Allah S.W.T yang engkau akan pergi meninggalkan ku,meninggalkan saudara maramu dan juga keluarga mu.

Sayang, semoga engkau aman berada di sana sayang, aku disini sentiasa akan menyanyangi dan merindui dirimu hingga ke hujung nyawa ku, kerana bagi ku kau lah segala-galanya.

Sayang, aku terpaksa menipu diriku dan orang yang berada disekelilingku. Biarlah mereka melihat aku tersenyum ceria, namun hati ini sedih menggenangkan nasib diriku,setiap hari hati ini menangis meratap pemergianmu. Sayang aku ingin pergi membawa diri ini jauh mengikut mu sayang. Aku tidak rela hidup tanpa mu disisi ku.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkan lah semangat hambamu ini, kau berikan lah aku petunjuk untuk aku mengharungi liku-liku perjalanan hidup ini, aku insan yang begitu lemah sekali. Ya Allah kau tabahkan lah hatiku untuk aku menerima ujian ini Ya Allah. Kerana aku tahu engkau hanya menguji kekuatan iman ku. Mungkihkan ini adalah balasan dosa-dosa ku.

Duhai hati.. Berhenti lah di kau dari terus menangis. Menangisi dia yang telah pergi jauh beribu batu. Ketahuilah hati, setiap apa jua dugaan yang datang mungkin ada hikmah disebalik kesedihan ini. Pemergiannya adalah kerana Allah S.W.T terlalu sayangkannya, dan ketahuilah wahai hati semua insane ciptaan tuhan akan pergi mengdapanya satu hari nanti, kerana itu adalah suatu perjanjian. Janganlah kau menyalahi takdir yang telah menimpa diri ini. Seharusnya kau menerima dugaan ini dengan rela. Namun jika engkau terus menerus menyalahi takdir bermakna engkau tidak mempercayai dengan perjanjian Illahi.

Wahai hati, serikan lah dirimu dengan wangian bunga-bungaan yang mewangi,serikanlah hatimu dengan senyuman,biarkanlah apa yang telah terjadi itu berlalu. Jangan lah kau menangis lagi, ingatlah bahawa masih ada lagi insan di kelilingmu yang masih menyanyangi mu.

Ohh.. Air mata, berhentilah di kau dari terus mengalir membasahi pipi. Meratapi pemergian insan tersayang. Tapi mengapa sukar sekali air mata ini untuk berhenti mengalir? Berjanji lah pada diri, yang dikau tidak akan menangis lagi.. Maafkan aku, aku gagal menghalang air mata ini dari terus mengalir.

Aku teramat rindu padanya, namun tiada siapa yang rahu, biar lah hanya aku sendiri yang tahu. Menahan seksanya merindui insan kesayanganku. Al-Fatehah buatmu sayang, semoga engkau aman berada disana. Aku akan mengikuti mu kesana bila sudah mendapat panggilan dari-Nya. Aku tidak sabar untuk bertemu denganmu sayang.. INSYALLAH….

Cinta Kita Cinta Hujung Nyawa.