Hari ni ibu akan luangkan sikit masa untuk sambung cerita saat-saat ibu nak lahirkan anak ibu ni ya.
Episod kali ni ibu akan cerita kan saat-saat genting ibu bergadai nyawa nak melahirkan putera sulung ibu ni. ok lah.. Ibu tak nak celoteh panjang-panjang. Tak nak membuang masa.
Iman Anakku
16 mac 2012, Jam 6 pagi kakak Nurse dah kejut kan ibu. Masa tu ibu baru je nak lelapkan mata, ye la malam tu kan ibu dah tak boleh nak tidur menahan sakit construction. Kakak Nurse suruh ibu mandi dan sarapan sebab dia cakap lepas tu nak masukkan ubat Induce. masa tu ibu dah redha kalau nak Induce, ibu serah diri aja, sebab ibu dah tak tahan menanggung kesakitan dari malam.
Bila ibu dah mandi dan makan roti yang ayah belikan, kakak nurse panggil ibu masuk ke dalam Labour Room. Dekat dalam tu kakak nurse pasang satu alat ni untuk dengar degupan jantung anak ibu. Ibu dengar jantung anak ibu ni laju sangat. Tapi apa yang membuatkan kakak nurse ni jadi tanda tanya adalah kenapa anak ibu langsung tak ada gerak-gerak. perut ibu keras je. Kakak-kakak nurse ni semua cuba goyang-goyang kan perut ibu, dia orang cakap nak kejut kan anak ibu bangun dari tido. Alhamdulillah tak lama lepas tu baru la anak ibu bergerak tu pun sekejap-sekejap aja. Ibu bagi tahu dekat dia orang yang perut ibu dah start sakit dari malam.
Bila dia orang dah tau yang ibu dah mula rasa sakit dari malam, dia orang suruh ibu balik ke tempat ibu balik, kakak nurse cakap ibu kena tunggu Doktor Pakar dulu, samaada nak kene masuk ubat atau tak perlu masuk ubat. Alahai.. tak jadi nak masuk ubat pulak. Pagi tu Nenek Nah telefon ibu tanya keadaan ibu, Bila ibu dengar aja suara Nenek Nah ibu terus nangis sebab ibu dah tak tahan nak menanggung sakit. Nenek Nah pun menangis jugak bila dengar ibu nangis.
Dalam jam 8.20 pagi,ibu nampak ayah dekat luar Hospital, ayah tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat, bila ibu nampak ayah terus ibu keluar jumpa ayah.
Iman Anakku
Anak ibu nak tahu tak? Bila ibu dah sampai luar, ibu terus peluk ayah dan nangis kat dada ayah, hehehehe... masa tu ibu dah tak kesah kalau ada orang yang pandang, ibu bagitahu dekat ayah yang perut dan pinggang ibu sakit sangat, ibu tak boleh nak tahan. Ayah pegang perut ibu ayah suruh ibu bersabar, ayah cakap memang lah sakit tapi ayah tak tahu nak buat macam mana. lepas ayah cakap macam tu hati ibu tenang dan lapang sikit. ibu suruh ayah balik dulu sebab kesian dekat ayah tunggu ibu dekat luar. sebelum balik ayah bagi tahu ibu tengah hari ayah tak dapat datang tengok ibu sebab ayah nak sembahyang jumaat.
Iman Anakku
Jam 12 tengah hari Nenek Nah dengan bibik Bella datang temankan ibu, nenek bawa kan ibu nasi dengan lauk kari ayam. Kesian nenek kelaparan belum makan lagi dekat rumah. Sambil nenek makan nenek suapkan ibu, dan nenek usap-usap perut ibu, nenek cakap dekat anak ibu keluar lah cepat, mesti anak ibu dengar suara nenek kan?
Tengah ibu borak-borak dengan nenek Doktor pakar pun datang ke katil ibu, masa tu kakak nurse ada bagi tahu sesuatu dekat Doktor. Terus doktor yang ala-ala orang pakistan tu suruh ibu masuk dalam Labour Room doktor cakap nak cek.
Iman Anakku
Dekat dalam Labour Room ibu menanti kedatangan Doktor dekat setengah jam. kesian nenek tunggu ibu dekat luar. Bila doktor pakar sampai dia terus nak cek bukaan ibu, masa t u yang datang 2 orang doktor pakar dan 2 orang doktor biasa, kakak nurse ibu tak ingat pulak berapa ramai. Hehehehe.. lepas doktor pakar cek bukaan terus dia cakap dekat kawan-kawan beliau, ibu tak dengar dia cakap apa. Terus doktor pakar tu bagi tau ibu yang dia nak pecah kan air ketuban dia nak ibu bersalin petang tu jugak. Cuak ibu bila doktor kata nak suruh ibu bersalin. Dah lah ayah tak ada sebab tengah sembahyang jumaat, ibu nak bagi tau dekat ayah pun tak boleh sebab telefon ibu tinggalkan dekat katil. Adik-adik nurse pelatih yang baik hati nak ambil kan telefon ibu tapi ibu takut nanti kena marah dengan doktor.
Bila air ketuban ibu dah dipecahkan ibu terasa macam ibu terkencing pulak sebab air tu kuar dengan laju. Tangan ibu pulak doktor cucuk, sakit sangat, doktor kata nak masukkan ubat biar bukaan cepat terbuka. Ubat tu setitik demi setitik masuk dalam badan ibu. Mula-mula ibu tak rasa sakit, tapi selang setengah jam ibu dah mula rasa construction tapi tak la kuat sangat cuma macam sakite senggugut je, ibu masih boleh borak-borak dengan adik-adik nurse.
Iman Anakku
Makin lama construction ibu makin kuat, bila ibu rasa sakit yang sangat-sangat ibu pegang tangan adik-adik nurse yg temankan ibu sambil ibu cakapdekat dia orang ibu sakit. Tuhan saja yang tahu sakit nya macam mana, ibu rasa macam nak meneran tapi adik-adik nurse tak bagi sebab katanya bukaan ibu baru 5cm. Ya allah lama lagi rupa nya nak buka sepenuhnya. Ibu teringat dekat ayah, mesti ayah tak tahu yang masa tu ibu tengah bertarung nyawa.
Kali ni ibu betul-betul dah tak tahan sangat, ibu baca doa semoga di permudahkan untuk ibu keluarkan anak ibu, agak nya kakak nurse tak sampai hati tengok ibu tahan sakit dan tak sampai hati dengar ibu asyik cakap sakiiiiitttt... Kakak nurse datang dia enjit ibu dia cakap ni ubat tahan sakit, tak sampai 15minit ibu dah mula nak terlelap, tapi baru aja mata ibu nak terlelap perut ibu mula sakit lagi. "Ya Allah, agaknya macam ni la Nenek Nah dulu nak bersalinkan ibu"
Tangan adik nurse ibu pegang kuat-kuat, ibu cakap yang ibu dah tak tahan sangat sekarang ni. Adik nurse pegang perut ibu dia cakap construction ibu dah makin kerap. Adik nurse panggil kakak nurse.
Bila kakak nurse masuk terus tengok bukaan ibu dan suruh ibu teran bila ada construction. Kakak Nurse ajar ibu macam mana nak meneran. Masa tu dekat dalam bilik memang dah ramai pasukan sorakkan yang disertai oleh doktor-doktor pakar,kakak nurse dan adik nurse, mereka semua bagi semangat untuk ibu. Tapi ibu tak berjaya nak keluarkan anak ibu. Ibu mula putus asa. Nasib baik pasukan sorakkan bagi kekuatan dan semangat dekat ibu. Doktor pulak ajar ibu baca doa.
Ibu cuba dan terus mencuba meneran untuk keluarkan anak ibu, Ibu tengok jam dah dekat pukul 7 malam. Dengan lafaz bismillah ibu tarik nafas panjang-panjang dan ibu terus meneran, akhirnya tepat jam 7.17 malam, lahirlah zuriat ayah dan ibu yang sangat comel seberat 3.3kg. mulut ibu tak sudah-sudah melafazkan syukur pada yang maha esa. Anak ibu akhirnya keluar melihat dunia, anak ibu memang baby boy yang sangat baik sebab keluar aja dari rahim ibu nangis cuma sekejap aja. Mata pulak dah mula pandang ke sana sini.
Lepas semua selesa, ibu tak dapat nak buka mata sebab ibu terlalu letih dan mengantuk mungkin sebab kesan ubat tahan sakit yang masuk dalam badan ibu. Adik Nurse kejutkan ibu, dia bawakkan anak ibu. Ibu mula susukan anak ibu. Mulut kecik anak ibu mencari-cari susu.
Ibu dengan anak ibu kakak nurse bawak pergi masuk wad, bila ibu dah ada dekat wad ayah masuk dengan muka yang sangat-sangat gembira, ibu dapat rasakan yang ayah terlalu gembira masa tu. Nenek Nah, atok Jo, atok Ros, nenek Siti, Paman Irfan, paman E'a, Bibik Bella dengan uncle amir tengok anak ibu dekat luar je melalui tingkap sebab masa tu dah malam nenek guard tak bagi masuk yang boleh masuk cume ayah aja. Ayah azan kan kat telinga anak ibu. Sebelum ayah balik ayah sempat hadiahkan satu ciuman dekat dahi ibu tanda berterima kasih dekat ibu kerana ibu dah beri ayah zuriat. tak lama lepas tu atol Elmey dengan nenek Ida pulak datang tengok anak ibu, atok dengan nenek suka sangat tengok anak ibu yang mata dah celik tu.
Anak ibu di beri nama Muhammad Amirul Iman Bin Mohd Fahmi yang bermakna (pemimpin yang terpuji dan beriman)
Ni lah gambar anak ibu masa baby..
Gambar ni atok Rosman yang ambil dekat luar melalui tingkap sebab atok tak boleh nak masuk dah malam
Hari pertama selepas iman dilahirkan... "Wah nyenyaknya dia tidur"
masa ni masih dekat Hospital lagi
waaa...ibu...iman nak cucu...
Iman di hari yang ke-2 melihat dunia. Dah dekat rumah nenek Nah.
(Gambar ni ayah yang ambik)
Majlis akikah dan cukur jambul
Iman Baru pandai meniarap
Baru 5 bulan dah naik walker. (bolat kan mata iman)
Amboiii.. suka nye dia sampai meleleh air liur
(Iman test kopiah nak buat raya.. dah macam imam muda je)
Hensem nya dia pakai baju melayu
(Iman dah bersedia nak pergi beraya)
Rambut terpacak ayah yang buat
Okey la. Buat hari ni, setakat ni aja lah ibu celoteh.. Nanti Ibu celoteh lagi di entri yang lain dengan gambar-gambar iman yang makin hot..







hahaha....paling x tahan hati..."atok jo"....hikhikhik...pepun tahniah ibu iman...:-))
BalasPadam