Aku Insan Biasa

Selasa, 30 Oktober 2012

Hingga Hujung Nyawa


Al-Fatihah… Semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat…

Mengapa perpisahan antara aku dengan dia terjadi. Kenapa dia meninggalkan aku disaat aku memerlukannya. Aku terlalu sayang padanya, namun apakan daya untuk aku menghalang dia untuk pergi meninggalkan aku. Mungkin ini adalah suratan takdir yang telah tertulis bahawa dia akan meninggalkan aku bersama kenangan.

Hanya kenangan yang sentiasa aku ingati, kenangan yang amat manis, aku ingin terus hidup bersama-samanya. Namun apa yang aku impikin tidak mungkin akan terjadi.

Ya Allah Ya Tuhanku, beratnya ujian yang kau berikan tehadap hambamu yang lemah ini ya allah. Aku tidak terdaya untuk mengharungi ujian ini bersendirian, sesungguhnya aku adalah insan yang lemah. Hidup seperti tidak bermakna lagi setelah aku kehilangan nya.

Aku masih ingat lagi sewaktu dia masih ada disisiku. Dia sentiasa ada bila aku memerlukannya, disaat aku sedang bersedih dia lah yang setia menemaniku. Gurau sendanya membuat kan aku tersenyum, kasih sayang nya sungguh bermakna. Tapi itu hanyalah sementara waktu.

Tidak kusangka dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sungguh aku kehilangan. Aku kehilangan senyum tawanya,gurau senda dan paling menyakitkan jiwa ini aku kehilangan dirinya. Dimana aku harus mencarinya? Adakah aku akan bertemu dengannya kembali untuk menagih kasih sayang darinya semula.

Mustahil bukan untuk aku bertemu dengan nya? Aku rindu padanya. Aku terlalu rindu, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, rindu kepadanya makin membara. Terlalu sukar untuk aku melupakannya.

Jika dia berada di hadapan ku sekarang, aku ingin mengatakan kepadanya yang aku terlalu sayang padanya,aku rindu kannya, aku ingin dia tahu didalam hati ku ada dirinya walaupun dia telah meninggalkan aku terlalu jauh.

Sayang. Kenapa engkau meninggalkan aku seorang diri terkapai-kapai mengharungi ujian ini, tidak kah kau tahu yang aku tidak boleh kehilangan dirimu. Hancur luluh hati ni bila aku mendapat khabar yang kau telah  pergi meninggalkan ku. Perjalanan mu sungguh jauh sayang.

Sayang, kau pergi membawa bersama kenangan kita bersama, kenangan terindah kita. Tahukah kau yang aku ingin bersama-sama denganmu setiap waktu. Namun harapan ku untuk bersama mu hancur musnah, impian kita untuk hidup bersama tidak kesampaian. Sedih bila aku menggenangkan.

Sayang, aku ingin kau tahu, air mata ini akan terus menggalir tatkala aku menggenangkan dikau. Aku gagal untuk menunaikan janji ku supaya tidak menanggis lagi. Aku gagal sayang. Sungguh kuat cintaku terhadapmu.

Sayang, kini aku telah menemui pengganti dirimu, aku amat menyanyangi dirinya sepertimana aku menyanyangi dirimu. Aku tahu tiada gunanya jika aku menanti ke hadiranmu sayang. Walaupun aku telah mempunyai pengganti dirimu, namun namamu sentiasa bertahta di hatiku. kerana kau insan pertama yang aku sayang.

Sayang, sewaktu aku menaip warkah ini air mata ku menggalir lagi, sungguh mudah air mata ini menggalir. Air mata ini menggalir kerana aku terlalu rindukan dikau. Aku tidak kuat menharunginnya seorang diri. Kepada siapa harus aku meluahkan perasaan ku ini sayang, adakah orang disekelilingku akan memahami perasaan ini sedangkan mereka sendiri tidak merasainya seperti mana yang aku merasai. Apakah aku harus memendamnya di dalam hati merasai sendiri kesedihan ini.

Hampir 5 tahun kau meninggal kan diriku. Tapi aku tidak terdaya melupakan mu sayang. Disaat ini rindu ku terhadap mu terlalu kuat. Makin aku cuba untuk melupakan apa yang telah terjadi semakin kuat rindu ku padamu.

Tidak ku sunggup menatap jasad mu terbujur kaku, longlai hati ku bila melihat dirimu di perbaringan. Memang tidak ku sangka yang engkau akan pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku tahu ini bukan kemahuanmu tapi ini semua takdir dari Allah S.W.T yang engkau akan pergi meninggalkan ku,meninggalkan saudara maramu dan juga keluarga mu.

Sayang, semoga engkau aman berada di sana sayang, aku disini sentiasa akan menyanyangi dan merindui dirimu hingga ke hujung nyawa ku, kerana bagi ku kau lah segala-galanya.

Sayang, aku terpaksa menipu diriku dan orang yang berada disekelilingku. Biarlah mereka melihat aku tersenyum ceria, namun hati ini sedih menggenangkan nasib diriku,setiap hari hati ini menangis meratap pemergianmu. Sayang aku ingin pergi membawa diri ini jauh mengikut mu sayang. Aku tidak rela hidup tanpa mu disisi ku.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkan lah semangat hambamu ini, kau berikan lah aku petunjuk untuk aku mengharungi liku-liku perjalanan hidup ini, aku insan yang begitu lemah sekali. Ya Allah kau tabahkan lah hatiku untuk aku menerima ujian ini Ya Allah. Kerana aku tahu engkau hanya menguji kekuatan iman ku. Mungkihkan ini adalah balasan dosa-dosa ku.

Duhai hati.. Berhenti lah di kau dari terus menangis. Menangisi dia yang telah pergi jauh beribu batu. Ketahuilah hati, setiap apa jua dugaan yang datang mungkin ada hikmah disebalik kesedihan ini. Pemergiannya adalah kerana Allah S.W.T terlalu sayangkannya, dan ketahuilah wahai hati semua insane ciptaan tuhan akan pergi mengdapanya satu hari nanti, kerana itu adalah suatu perjanjian. Janganlah kau menyalahi takdir yang telah menimpa diri ini. Seharusnya kau menerima dugaan ini dengan rela. Namun jika engkau terus menerus menyalahi takdir bermakna engkau tidak mempercayai dengan perjanjian Illahi.

Wahai hati, serikan lah dirimu dengan wangian bunga-bungaan yang mewangi,serikanlah hatimu dengan senyuman,biarkanlah apa yang telah terjadi itu berlalu. Jangan lah kau menangis lagi, ingatlah bahawa masih ada lagi insan di kelilingmu yang masih menyanyangi mu.

Ohh.. Air mata, berhentilah di kau dari terus mengalir membasahi pipi. Meratapi pemergian insan tersayang. Tapi mengapa sukar sekali air mata ini untuk berhenti mengalir? Berjanji lah pada diri, yang dikau tidak akan menangis lagi.. Maafkan aku, aku gagal menghalang air mata ini dari terus mengalir.

Aku teramat rindu padanya, namun tiada siapa yang rahu, biar lah hanya aku sendiri yang tahu. Menahan seksanya merindui insan kesayanganku. Al-Fatehah buatmu sayang, semoga engkau aman berada disana. Aku akan mengikuti mu kesana bila sudah mendapat panggilan dari-Nya. Aku tidak sabar untuk bertemu denganmu sayang.. INSYALLAH….

Cinta Kita Cinta Hujung Nyawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan